2. Pastikan anda betul-betul memahami buatan/jenama dan fungsi bahagian-bahagian projektor yang anda gunakan. Ini mungkin berbeza antara satu alat dengan alat yang lain.
3. Bersihkan projektor sekali-sekala di bahagian dalam piring cermin dan les Fresnel.
4. Pancarkan imej ke dinding atau kain putih jika tidak ada skrin.
5. Suatu unit projektor yang bergerak hendaklah menggunakan troli supaya senang dipindah dari satu tempat ke tempat lain.Matikan suiz sebelum mengubah projektor.
6. Untuk tayangan yang baik, perkara berikut hendaklah diperhatikan:
- Skrin 1.5 m lebar bagi bilik untuk 40 orang
- Skrin tidak berkilat
- Mendapat sedikit cahaya
- Letakkan pada paras ketinggian 70 cm dari lantai
- Condongkan 45 darjah untuk elakkan kesan herotan (keystone)
- Tegangkan skrin
- Jangan terlindung oleh pengguna supaya boleh dilihat oleh semua pelajar.
- Semua tulisan dan lukisan mestilah mengikut saiz yang sesuai.
- Gunakan penunjuk yang runcing dan lurus dan tunjukkan pada sesuatu di atas transperansi dan bukannya pada imej di skrin.